Feed on
Posts
Comments

2 Mac 2010 yang lalu, giliran kami berkuda di Titiwangsa pula. Kali ini, seramai 17 murid yang turut serta. Di sana, kami terpaksa menunggu giliran kerana terdapat sekolah lain juga yang menjalani aktiviti berkuda pada hari yang sama.Apa yang menariknya semasa aktiviti tersebut dijalankan,adik Ziqry Uzair yang sebelum ini takut dengan kuda sudah berani menunggang kuda tersebut.

DSC04591DSC04592DSC04594DSC04598DSC04599DSC04600DSC04601DSC04603DSC04604DSC04605DSC04606DSC04609DSC04610DSC04611DSC04612DSC04614DSC04623DSC04622

Terapi renang

Terapi renang untuk tahun ini dijalankan di Kompleks Sri Siantan Selayang.Seramai 15 orang murid yang turut serta (3 orang tidak hadir).Pada kali ini,Puan Normi(ibu Afi) secara sukarela membawa sebahagian daripada murid-murid kami. Aktiviti dijalankan dari pukul 9.00-11 pagi. Ada 2-3 murid yang takutkan air, hingga terpaksa guru-guru memujuk dan memeganDSC04568g meDSC04569reka ketika di dalam air.

DSC04588 DSC04586DSC04585DSC04581DSC04578-pujuk najidDSC04576DSC04573DSC04572DSC04570

Pada 11 Februari yang lalu, pendidikan khas SKTP telah pun memulakan sesi terapi berkuda untuk yang pertama kalinya bagi tahun 2010 ini. Seramai 16 orang murid yang terlibat (2 tidak hadir).Program kali ini disertai oleh 6 orang guru PPKI, 2 orang PPM dan 3 orang ibu bapa murid. Disana, kami turut diberi sedikit penerangan oleh Mr.James yang juga merupakan seorang instructor untuk disabled person. Berikut adalah gambar-gambar semasa terapi dijalankan.

DSC04535DSC04547 DSC04537DSC04538DSC04541DSC04545

DSC04551DSC04556

DSC04559DSC04560DSC04563DSC04565

DSC04566

**Terima Kasih kepada Kelab Equesterian Uniten yang turut menyediakan makanan dan juga kepada En.Rosman Efendi & isteri serta ayah Sofea yang sudi menyediakan pengangkutan untuk murid-murid.

Untuk kemahiran manipulatif K1 kali ini, murid-murid dikehendaki mengikat tali kasut pada replika kasut yang cikgu bawa. Nampaknya mereka amat excited nak ikat mungkin kerana BBM tersebut berwarna-warni dan menarik. Mula-mula cikgu tunjuk cara mengikat dengan menyilangkan tali bagi mendapatkan bentuk zigzag. Kemudian, secara bergilir murid-murid pula mencuba mengikat kasut tersebut.Berikut adalah antara gambar semasa aktiviti dijalankan.

‘Kasut’ sebelum diikat oleh murid-murid.

Tekun menyiapkan tugasan.

Wajah yang gembira setelah berjaya menyiapkan tugasan yang cikgu berikan..

Aktiviti Memasak

Amali memasak di bawah tajuk Kemahiran Hidup pada kali ini ialah menggoreng kacang tanah tanpa minyak (sangai).  Amali ini dijalankan di dalam bilik masakan PPKI. Seramai 11 murid terlibat untuk aktiviti ini iaitu dari kelas K1, K2 dan K3, di bawah bimbingan dan pengawasan cikgu Hasmieza dan dibantu oleh PPM, Pn. Zana.

Zainudin sedang mengacau kacang di dalam kuali.

Puan Yuzana sedang menyusun semula alatan setelah digunakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru dan selamat datang kepada murid baru PPKI SK Taman Permata. Semoga anak-anak akan selesa bersama kami di PPKI. Tidak dilupakan selamat berpindah buat Pn. Nadia yang merupakan penyelaras tahun 2009. Semoga bahagia dan dipermudahkan di negeri orang. Alhamdulilah tahun baru penuh dengan misi dan visi baru! Tak dilupakan juga bekas murid kami Faqrullah, Ahmad Syukri, Anis Amira Nur, Norasyikin, Hazreen dan Haziq yang telah berpindah ke SMK Taman Melawati. Buat Mohd Nafizi dan Siti Fatimah Azzahara juga diucapkan selamat berpindah sekolah. Semoga anakanda semua pandai menjaga diri dan berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan yang serba-serbi baru.

Segala yang dirancangkan tahun lepas sedang dalam proses perlaksanaan. Tahun ini kami akan menubuhkan kelab boling pendidikan khas di mana mereka akan menjalani latihan setiap hari rabu. Selain itu antara cadangan aktiviti tahun ini ialah program abang-kakak angkat di mana penglibatan adalah di kalangan murid arus perdana dan murid khas. Pada hari sabtu (16 Januari 2010) akan diadakan perjumpaan ibubapa pendidikan khas agar hubungan silaturahim akan terjalin lebih erat.

Matlamat tahun ini adalah untuk menjadikan program ini lebih mantap dengan melahirkan murid-murid pendidikan khas yang benar-benar mampu berdikari. Insya Allah… :)

TERAPI BERKUDA

IMG_4817  IMG_4834  IMG_4818  IMG_4842  IMG_4877

berikut adalah beberapa gambar aktiviti berkuda yang telah dijalankan sepanjang tahun 2009

bagi sesiapa yang mempunyai anak – anak istimewa yang telah didiagnos oleh pihak hospital dan telah mendapat kad daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), boleh membuat permohonan ke Pejabat Pelajaran Daerah Gombak ( bagi yang berada di sekitar Gombak) untuk mendapatkan surat temuduga. Proses temuduga adalah salah satu prosuder penempatan untuk menentukan samada seseorang murid itu layak atau tidak berada dalam kelas
khas. harap maklum

INDAHNYA RAMADHAN

Bersyukur ke hadrat Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk berada dalam bulan Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa 1001 rahmat buat kita semua. Di bulan Ramadhan ini kami di PPKI SKTP banyak menjalankan aktiviti – aktiviti kerohanian untuk murid -murid. Kami ada menjalankan 1 sesi setiap hari untuk aktiviti seperti bacaan IQRA’,berselawat,nasyid dan mengajar serta melatih murid -murid berpuasa. Alhamdulillah semua murid sudah agak serasi walaupun mereka hanya berpuasa separuh hari, namun mereka dapat memahami keadaan bahawa dalam Bulan Ramadhan ini,jadual dan aktiviti yang mereka jalankan adalah berbeza.Selamat berpuasa kepada semua dan selamat menjalankan ibadat.

Akhir-akhir ini kita sudah banyak dimaklumkan tentang masalah yang melanda hampir seluruh dunia iaitu Wabak/Virus H1N1.Bagi kami di bahagian PPKI SKTP, sangat mengambil berat tentang aspek kesihatan murid -murid dan guru – guru. Tambahan pula murid -murid khas ini lazimnya adalah golongan yang mempunyai daya tahan badan yg sangat lemah dan tidak kurang juga yang berada dalam golongan yang berisiko tinggi. Oleh yang demikian, bagi semua pihak baik ibu bapa,guru -guru dan sesiapa juga yang membaca artikel ini, dapat bekerjasama mencegah wabak ini dari terus menular dan mengamalkan amalan kebersihan dengan baik seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan, dan amat digalakkan murid -murid, khususnya murid – murid pendidikan khas untuk memakai topeng ke sekolah.Semoga dengan kerjasama yang diberikan dapat mengurangkan masalah kesihatan di kalangan kita semua.

Older Posts »