10
Mar

Tarikh : 11 Mac 2010

Hari : Khamis

Masa : 7.45 Pagi

Tempat : Dataran Permata

Catatan – Majlis ini adalah gabungan pelantikan Pustakawan, Pengawas Sekolah, Pengawas Sukan serta Ketua dan Penolong Ketua kelas. Penyampaian sijil pelantikan akan dilaksanakan oleh Pn Noraini Bt Din selaku Guru Besar SKTP. Majlis ini akan dijalankan oleh guru bertugas mingguan dengan dibantu oleh Guru Perpustakaan dan AJK Badan Disiplin. Kepada pelajar yang terlibat dengan pelantikan ini diingatkan supaya berpakaian lengkap, kemas dan bersih. Selepas majlis selesai kita ada sesi bergambar ok !

24
Feb

Majlis Pelantikan Pustakawan akan diadakan pada bulan Mac akan datang ( selepas Minggu Ujian ). Sehubungan dengan itu pihak sekolah berharap semua pustakawan bersedia dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ini untuk melengkapkan uniform masing-masing dengan tali leher dan tanda nama. Selain itu, semua pustakawan sedang diberi masa untuk menjalankan tugas berdasarkan tunjuk ajar yang telah diberi semasa KURKEP tempohari. Murid yang gagal menjalankan tugas tanpa alasan yang munasabah, kemungkinan tidak akan dilantik. Begitu juga dengan murid yang gagal menghadirkan diri semasa KURKEP.  Bagaimana pun Jawatankuasa Disiplin Sekolah akan memanggil murid ini. Kuasa untuk melantik adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Badan ini. Langkah ini perlu dilakukan untuk menjamin kualiti pustakawan yang bakal dilantik. Diharap semua pustakawan bersedia dan mula menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab. Selamat maju jaya..!

23
Feb

Pihak Jawatankuasa Pusat Sumber SKTP mengucapkan tahniah buat semua peserta KURKEP yang telah berjaya mengikuti program ini selama 3 hari 2 malam. Semoga segala ilmu kepimpinan yang telah diturunkan dan pengetahuan berkenaan teknik-teknik menjalankan tugas dengan betul, dapat diaplikasikan dengan sepenuhnya selepas ini.

Mungkin NOTA ini berguna buat pustakawan.

# Ciri-ciri yang patut ada pada seorang pustakawan :-

  • Fizikal
  • Sikap
  • Pengetahuan

# Tugas-tugas seorang pustakawan

  • melaksanakan peraturan PSS
  • membantu pengurusan
Comments Off
09
Feb

Maklumat program ini adalah seperti berikut :-

Tarikh : 19, 20 & 21 Februari 2010 ( Jumaat, Sabtu & Ahad )

Sasaran : Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pengawas Sukan serta Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Yuran penyertaan : RM40.00 seorang

Tempat : SK Taman Permata

Objektif : Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan berkenaan tugas yang akan mereka jalankan, meningkatkan disiplin & keyakinan diri serta memupuk semangat kerja berpasukan.

Pelajar-pelajar ini telah ditaklimatkan berkenaan program ini pada 3 & 4 Feb lalu. Bagaimanapun surat makluman kepada ibu bapa / penjaga hanya akan diedarkan esok ( 10 Feb 2010 ). Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi surat memberi kebenaran yang disertakan. Surat kebenaran ini perlu dikembalikan kepada guru tertentu mulai 11 Feb 2010 beserta yuran penyertaan.

Surat kebenaran & yuran mestilah diserahkan kepada Pn Zarina ( Pengawas Sekolah ), Pn Hjh Rohaida ( Pengawas Perpustakaan ), En Dzul Azri ( Pengawas Sukan ) & Pn Rashidah ( Ketua Kelas & Pen Ketua Kelas ).

Taklimat akhir kepada peserta akan diadakan pada hari Jumaat ini ( 12 Feb 2010 ). Manakala taklimat kepada guru-guru akan diadakan esok ( 10 Feb 2010 ). Diharap mendapat kerjasama dari semua pihak. Semoga segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Insya Allah..

* Kertas kerja program ini telah dibentangkan pada Mesyuarat PIBG yang lalu dan telah dipersetujui untuk dilaksanakan

28
Jan

Peraturan-peraturan ini telah kita tetapkan sejak sekian lama. Bagaimanapun rasanya eloklah dinyatakan semula sebagai peringatan buat kita semua..

1. Pelajar diminta beratur dari kelas menuju ke perpustakaan. Sila bawa Buku Rekod Nilam dan alat tulis untuk mencatat bacaan anda nanti.

2. Pelajar mestilah menanggalkan kasut dan stoking. Sila susun di rak yang disediakan.

3. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan selagi guru tidak sampai.

4. Pelajar Tahun 3, 4, 5 dan 6 dibenarkan mengambil buku di rak manakala pelajar Tahun 1 dan 2 perlu mendapatkan bantuan guru. Semua buku yang telah dibaca mestilah diletakkan dalam kotak biru yang disediakan.

5. Pelajar mestilah duduk di kerusi dan membaca buku dengan senyap.  Tidak dibenarkan duduk di celah-celah rak untuk mengelakkan perkara-perkara yng tidak diingini berlaku.

6. Dilarang membawa masuk makanan dan minuman. Pelajar juga dilarang bermain, berlari, membuat bising dan merosakkan bahan-bahan yang ada di dalam perpustakaan. Sekiranya berlaku, tindakan yang tegas akan diambil.

7. Sepanjang berada di perpustakaan, guru perlu sentiasa mengawasi disiplin pelajar, membantu pelajar mencari bahan bacaan yang diperlukan ( rak buku telah diklasifikasikan mengikut Sistem Dewey ) dan menunjukkan cara yang betul membuat catatan dalam Buku Rekod Nilam ( terutama pelajar Tahun 1 dan 2 ).

8. Sebelum keluar dari perpustakaan, pastikan semua kerusi disusun semula, buku yang telah dibaca diletakkan dalam kotak yang disediakan dan jangan tinggalkan apa juga barang anda. Pihak PSS tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan buku atau alat tulis yang tertinggal.

9. Sebelum keluar, guru perlu pastikan suis lampu dan kipas ditutup ( sekiranya tiada pengguna lain waktu itu ).

10. Pelajar yang masuk secara individu ( waktu pagi, rehat atau selepas waktu persekolahan ) juga diingatkan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

*Sila ajukan sebarang pertanyaan berkenaan PSS atau dapatkan bantuan dari Guru Perpustakaan dan Guru Media. Apa juga cadangan yang membina demi kepentingan pelajar serta meningkatkan peranan PSS amat dialu-alukan. Terima kasih atas sumbangan dan kerjasama anda ..