Archive for February, 2009
By Guru Media in
Pengumuman
Semua kelas berpeluang memasuki perpustakaan sekolah untuk sesi Bacaan Nilam & Kemahiran Maklumat sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap bulan. Guru BM & BI akan membawa & membimbing kelas yang terlibat. Jadual penggunaan perpustakaaan adalah seperti berikut :-
1. Minggu pertama – waktu BM tahap satu
2. Minggu kedua – waktu BI tahap satu
3. Minggu ketiga – waktu BM tahap dua
4. Minggu keempat – waktu BI tahap dua
Jadual akan diedarkan ke setiap kelas ( ada juga ditampal di papan kenyataan luar PSS ) untuk rujukan guru dan pelajar. Diharap guru-guru dapat membawa pelajar pada masa yang ditetapkan.
Share
By Guru Media in
Pengumuman
Bacaan murid perlu direkodkan ke dalam buku Nilam supaya data dapat diambil oleh guru.
Oleh itu murid-murid yang belum memiliki buku ini ( kecuali Tahun Satu ) diminta membeli buku ini di perpustakaan sekolah dengan harga RM 1.50 sahaja.
Guru BM dan BI akan memantau penggunaan buku ini.
Diharap ibu bapa dapat memastikan anak-anak anda telah membeli buku Nilam ini disamping memberi galakan agar murid kerap membaca dan membuat catatan, tidak kira di rumah mahupun di sekolah.
Share
By Guru Media in
Pengumuman
Bahan bacaan untuk guru :-
1. Majalah Bulan Februari – Edisi Pendidik
Bahan bacaan untuk pelajar :-
1. Kotak Buku telah disediakan untuk Kelas 3 Intan, 3 Berlian, 3 Zamrud & 3 Delima
2. Kotak Buku juga telah disediakan untuk Kelas 4 Intan, 4 Berlian & 4 Zamrud
Share