Jul
1. Penyampaian Anugerah Nilam Sesi Januari – Jun 2009 pada 13/7, 15/7 dan 16/7.
Penerima anugerah akan mendapat lencana, sijil dan hadiah iringan.
Penerima lencana Nilam – 15 orang, penerima lencana Emas – 8 orang, penerima lencana Perak – 23 orang dan penerima lencana
gangsa – 36 orang. Tahniah kepada semua murid atas pencapaian yang memberangsangkan ini. Terima kasih buat semua guru
yang membantu.
2. Murid yang melanggan Majalah Kuntum telah menerima hadiah langganan masing-masing berupa kemeja T dan beg sekolah. Pihak
sekolah memohon maaf bagi pihak The Star atas kelewatan mereka menghantar hadiah-hadiah ini.
3. Jualan Pen Kalendar telah bermula. Murid-murid boleh mendapatkan pen ini di Perpustakaan Sekolah dengan harga RM2.00 sahaja.
Terdapat dalam enam warna yang menarik. Keuntungan jualan pen ini akan disalurkan ke Tabung PSS. Cepat, sebelum kehabisan
stok !!