Sep
1. Murid-murid dialu-alukan masuk ke perpustakaan pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagaimanapun, murid diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu menyusun kasut di atas rak yang disediakan, membaca buku dengan senyap, meletakkan buku yang telah dibaca ke dalam kotak serta elakkan dari bermain dan membuat bising.
2. Pada 1 September hingga 4 September, kerja-kerja pemasangan wayar elektrik akan dilakukan di perpustakaan. Murid-murid tidak dibenarkan masuk untuk mengelakkan sebarang gangguan.
3. Bakul-bakul buku disediakan ( mengandungi 45 buah buku ). Guru-guru boleh membawa bakul ini atau kotak yang telah disediakan ke kelas-kelas untuk aktiviti bacaan.
4. Murid-murid diminta memulangkan buku yang telah dipinjam dari perpustakaan sebelum menjelang cuti perayaan nanti. Ini bertujuan mengelakkan didenda kerana lewat memulangkan buku.
*Selamat Menyambut Aidil Fitri..