Jan
Peraturan-peraturan ini telah kita tetapkan sejak sekian lama. Bagaimanapun rasanya eloklah dinyatakan semula sebagai peringatan buat kita semua..
1. Pelajar diminta beratur dari kelas menuju ke perpustakaan. Sila bawa Buku Rekod Nilam dan alat tulis untuk mencatat bacaan anda nanti.
2. Pelajar mestilah menanggalkan kasut dan stoking. Sila susun di rak yang disediakan.
3. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan selagi guru tidak sampai.
4. Pelajar Tahun 3, 4, 5 dan 6 dibenarkan mengambil buku di rak manakala pelajar Tahun 1 dan 2 perlu mendapatkan bantuan guru. Semua buku yang telah dibaca mestilah diletakkan dalam kotak biru yang disediakan.
5. Pelajar mestilah duduk di kerusi dan membaca buku dengan senyap. Tidak dibenarkan duduk di celah-celah rak untuk mengelakkan perkara-perkara yng tidak diingini berlaku.
6. Dilarang membawa masuk makanan dan minuman. Pelajar juga dilarang bermain, berlari, membuat bising dan merosakkan bahan-bahan yang ada di dalam perpustakaan. Sekiranya berlaku, tindakan yang tegas akan diambil.
7. Sepanjang berada di perpustakaan, guru perlu sentiasa mengawasi disiplin pelajar, membantu pelajar mencari bahan bacaan yang diperlukan ( rak buku telah diklasifikasikan mengikut Sistem Dewey ) dan menunjukkan cara yang betul membuat catatan dalam Buku Rekod Nilam ( terutama pelajar Tahun 1 dan 2 ).
8. Sebelum keluar dari perpustakaan, pastikan semua kerusi disusun semula, buku yang telah dibaca diletakkan dalam kotak yang disediakan dan jangan tinggalkan apa juga barang anda. Pihak PSS tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan buku atau alat tulis yang tertinggal.
9. Sebelum keluar, guru perlu pastikan suis lampu dan kipas ditutup ( sekiranya tiada pengguna lain waktu itu ).
10. Pelajar yang masuk secara individu ( waktu pagi, rehat atau selepas waktu persekolahan ) juga diingatkan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
*Sila ajukan sebarang pertanyaan berkenaan PSS atau dapatkan bantuan dari Guru Perpustakaan dan Guru Media. Apa juga cadangan yang membina demi kepentingan pelajar serta meningkatkan peranan PSS amat dialu-alukan. Terima kasih atas sumbangan dan kerjasama anda ..