Majlis Pelantikan Pustakawan akan diadakan pada bulan Mac akan datang ( selepas Minggu Ujian ). Sehubungan dengan itu pihak sekolah berharap semua pustakawan bersedia dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ini untuk melengkapkan uniform masing-masing dengan tali leher dan tanda nama. Selain itu, semua pustakawan sedang diberi masa untuk menjalankan tugas berdasarkan tunjuk ajar yang telah diberi semasa KURKEP tempohari. Murid yang gagal menjalankan tugas tanpa alasan yang munasabah, kemungkinan tidak akan dilantik. Begitu juga dengan murid yang gagal menghadirkan diri semasa KURKEP. Bagaimana pun Jawatankuasa Disiplin Sekolah akan memanggil murid ini. Kuasa untuk melantik adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab Badan ini. Langkah ini perlu dilakukan untuk menjamin kualiti pustakawan yang bakal dilantik. Diharap semua pustakawan bersedia dan mula menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab. Selamat maju jaya..!
ShareArchive for February, 2010
Pelantikan Pustakawan 2010
Sekalung Ucapan Tahniah..
Pihak Jawatankuasa Pusat Sumber SKTP mengucapkan tahniah buat semua peserta KURKEP yang telah berjaya mengikuti program ini selama 3 hari 2 malam. Semoga segala ilmu kepimpinan yang telah diturunkan dan pengetahuan berkenaan teknik-teknik menjalankan tugas dengan betul, dapat diaplikasikan dengan sepenuhnya selepas ini.
Mungkin NOTA ini berguna buat pustakawan.
# Ciri-ciri yang patut ada pada seorang pustakawan :-
- Fizikal
- Sikap
- Pengetahuan
# Tugas-tugas seorang pustakawan
- melaksanakan peraturan PSS
- membantu pengurusan
Share
Kursus Kepimpinan Pelajar ( KURKEP )
Maklumat program ini adalah seperti berikut :-
Tarikh : 19, 20 & 21 Februari 2010 ( Jumaat, Sabtu & Ahad )
Sasaran : Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Pengawas Sukan serta Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
Yuran penyertaan : RM40.00 seorang
Tempat : SK Taman Permata
Objektif : Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan berkenaan tugas yang akan mereka jalankan, meningkatkan disiplin & keyakinan diri serta memupuk semangat kerja berpasukan.
Pelajar-pelajar ini telah ditaklimatkan berkenaan program ini pada 3 & 4 Feb lalu. Bagaimanapun surat makluman kepada ibu bapa / penjaga hanya akan diedarkan esok ( 10 Feb 2010 ). Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi surat memberi kebenaran yang disertakan. Surat kebenaran ini perlu dikembalikan kepada guru tertentu mulai 11 Feb 2010 beserta yuran penyertaan.
Surat kebenaran & yuran mestilah diserahkan kepada Pn Zarina ( Pengawas Sekolah ), Pn Hjh Rohaida ( Pengawas Perpustakaan ), En Dzul Azri ( Pengawas Sukan ) & Pn Rashidah ( Ketua Kelas & Pen Ketua Kelas ).
Taklimat akhir kepada peserta akan diadakan pada hari Jumaat ini ( 12 Feb 2010 ). Manakala taklimat kepada guru-guru akan diadakan esok ( 10 Feb 2010 ). Diharap mendapat kerjasama dari semua pihak. Semoga segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Insya Allah..
* Kertas kerja program ini telah dibentangkan pada Mesyuarat PIBG yang lalu dan telah dipersetujui untuk dilaksanakan
Share