Archive for the ‘Pengumuman’ Category
By Guru Media in
Pengumuman
Tahniah diucapkan kepada Nur Izzah binti Nasir (5 Intan) yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam 2011. Penyampaian anugerah serta hadiah iringan telah dijalankan pada Majlis Graduasi Dan Apresiasi SKTP 19 November (Sabtu) bertempat di Dewan Permata. Tahniah sekali lagi. Semoga Nur Izzah terus kekal dengan hobi membaca dan meningkatkan lagi usaha pada tahun akan datang..
**Gambar sepanjang Majlis Graduasi Dan Apresiasi boleh dilihat melalui facebook SKTP
Share
By Guru Media in
Pengumuman
Kepada pustakawan 2012 (lama dan baru), sila prihatin uniform baru :-
Pustakawan lelaki :
- Kemeja lengan panjang berwarna putih
- Seluar panjang berwarna biru gelap (tanpa sebarang fesyen)
- Tali leher berwarna coklat (boleh dibeli di pejabat sekolah)
- Kasut kanvas dan stoking hitam
Pustakawan perempuan :
- Kemeja lengan panjang berwarna putih
- Tudung berwarna putih
- Kain susun belakang berwarna biru gelap
- Tali leher berwarna coklat (boleh dibeli di pejabat sekolah)
- Kasut kanvas dan stoking hitam
**Penukaran uniform ini adalah atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak
**Pustakawan telah diberi taklimat berkenaan perkara ini. Surat dan panduan pakaian juga telah diedarkan tempohari
Share
By Guru Media in
Pengumuman
- Kepada semua pustakawan Tahun Enam, sila jalankan tugas anda sebaik sahaja UPSR berakhir. Tiada lagi alasan untuk ponteng bertugas ya!
- Kepada semua murid (khususnya Tahap Satu), sila jaga buku PSS dengan baik. Setakat ini, didapati murid kurang prihatin dan kurang rasa tanggungjawab. Akibatnya banyak buku yang terkoyak dan tertanggal kulitnya.
- Guru yang membawa murid masuk ke PSS sila pastikan murid anda mengambil dan meletakkan semula buku di tempat yang sepatutnya. Pastikan juga murid anda mematuhi peraturan yang ditetapkan.
- Kumpulan Rakan Pembaca SKTP telah ditubuhkan. Aktivitinya akan bermula minggu hadapan. Insya Allah..
- Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka anjuran Kelab Sains Perpustakaan & Tahun Enam akan diadakan pada 28 & 29 Oktober akan datang. Pengumuman dan poster promosi akan ditampal pada hari Isnin akan datang. Cepat, tempat adalah terhad!!
Kepada sebahagian pustakawan yang selalu membantu cikgu walaupun bukan pada hari anda bertugas, terima kasih banyak-banyak.. Cikgu sangat menghargai..
Share
By Guru Media in
Pengumuman
Majlis Anugerah Nilam SKTP telah diadakan pada 8 dan 9 Ogos yang lalu. Majlis ini merupakan kesinambungan bagi Program Nilam yang telah dijalankan sejak awal tahun lagi. Seramai 130 murid telah berjaya mencapai tahap tertentu dalam program ini iaitu Tahap Gangsa, Perak, Emas dan Nilam. Terima kasih kepada Pn Noraini (Guru Besar), Pn Nor Saadah (GPK1) dan Puan Intan (GPK Pendidikan Khas) kerana telah sudi menyampaikan sijil penghargaan serta hadiah iringan. Tahniah kepada semua murid yang berjaya!
Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua murid agar terus berusaha meningkatkan jumlah bacaan buku dan berlumba dengan rakan-rakan demi pencapaian yang lebih baik. Pada bulan November nanti pihak sekolah akan memilih seorang murid yang tertinggi jumlah bacaannya untuk dinobatkan sebagai Tokoh Nilam. Selamat maju jaya..
*Terima kasih kepada Pengarah Urusan ITNM kerana menyumbang kepada Program Nilam ini
*Gambar-gambar majlis tersebut boleh dilihat dalam facebook SKTP
Share
By Guru Media in
Pengumuman
Sepanjang Ramadhan ini, semua murid dialu-alukan masuk ke perpustakaan untuk membaca buku. Bagaimanapun murid-murid perlu mematuhi peraturan-peraturan tersebut :-
- Dilarang bermain dan berbual di dalam perpustakaan
- Dilarang masuk sekiranya telah penuh (satu papan tanda akan diletakkan dihadapan pintu)
- Dilarang masuk sekiranya Kelas Nilam sedang dijalankan
Sempena hari raya yang bakal menjelang, PSS telah mengadakan Jualan Amal. Murid-murid yang berminat bolehlah berjumpa dengan Guru Media pada waktu rehat. Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut 1 Syawal…
Share