- Murid yang masih belum memulangkan buku PSS yang dipinjam sehingga Jumaat ini (15 Julai 2011), akan berhadapan dengan tindakan berikut – didenda mengikut jumlah hari peminjaman, nama akan ditampal di papan kenyataan sekolah, dan akan disenaraihitamkan (tidak lagi dibenarkan meminjam buku).
- Urusan peminjaman buku di PSS akan bermula pada minggu hadapan.
- Pustakawan diminta menjalankan tugas pada hari dan waktu yang telah ditetapkan.
- Syabas kepada ahli Kelab Sains Perpustakaan yang begitu bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti merekacipta perhiasan diri pada minggu lalu. Insya Allah kita akan sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik pada masa akan datang.
- Kepada murid Tahun Enam, anda sentiasa dialu-alukan untuk mengulangkaji di PSS. Kejayaan anda adalah harapan kami…
Archive for the ‘Pengumuman’ Category
Pengumuman
By Guru Media in Pengumuman
Jul
12
Comments (0)
Pesanan!!
By Guru Media in Pengumuman
Jun
5
Sebaik sahaja cuti sekolah ini berakhir, ada beberapa perkara perlu dilakukan :
- Guru kelas yang belum menyerahkan Rekod Bacaan Nilam diminta mengisi sendiri data tersebut di Bilik Akses
- AJK Pusat Sumber diminta membantu Guru Media menyediakan senarai penerima Lencana Nilam
- Pustakawan diminta membantu guru menguruskan pemulangan buku murid
- Guru kelas Tahap 2 yang belum mengambil kotak buku yang disumbangkan, sila ambil kotak tersebut dengan kadar segera
Lain-lain perkara :
- Murid-murid jangan lupa baca buku dalam cuti sekolah ni ya
- Selamat bercuti.. & Jaga keselamatan diri..
Share
Pengumuman
By Guru Media in Pengumuman
May
13
- Semua pustakawan diminta bersedia untuk acara khas Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada hari Isnin, 16 Mei 2011 akan datang.
- Pada minggu peperiksaan akan datang, pustakawan masih perlu bertugas seperti biasa.
- Murid yang meminjam buku ( terutamanya murid Tahun Satu ), diingatkan agar memulangkan buku pada tarikh yang sepatutnya untuk mengelakkan didenda.
- Kepada semua guru, sila bawa murid anda ke perpustakaan mengikut Jadual Nilam yang diberi. Arahkan murid mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, ambil dan letakkan buku ditempat yang betul, susun semula kerusi dan jangan bising. Kerjasama semua guru AMAT DIHARAPKAN.
* Jawatankuasa PSS mengucapkan Selamat Hari Guru. Sama-samalah kita meningkatkan tahap kesabaran pada saat-saat yang amat mencabar ini…
ShareInfo PSS
By Guru Media in Pengumuman
Mar
23
- Keputusan Pertandingan Mewarna anjuran Kelab Sains Perpustakaan akan diumumkan pada perjumpaan akan datang ( 30 Mac 2011 )
- Murid SKTP yang ingin membuat tempahan Kad PSS bolehlah berbuat demikian secepat mungkin bagi memudahkan urusan pinjaman buku. Tempahan boleh dibuat di kaunter PSS
- Data bacaan Nilam akan dikumpulkan mulai bulan April. Cepat, banyakkan bacaan anda & sila catatkan dalam buku rekod Nilam. Hadiah menarik menanti anda !
- Pustakawan diingatkan agar sentiasa menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Kegagalan anda melakukan tugas dengan baik ( tanpa sebab yang menasabah ) akan memberi kesan terhadap prestasi anda dan persepsi guru & rakan terhadap diri anda sendiri
- Jadual Nilam terkini akan berkuatkuasa mulai 4 April 2011. Setakat ini jadual masih dalam pengubahsuaian berikutan pertukaran jadual waktu kelas & guru. Jawatankuasa PSS memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi waktu ini
Uniform Pustakawan 2011
By Guru Media in Pengumuman
Dec
4
Pihak pentadbir serta Jawatankuasa Pusat Sumber SKTP telah memutuskan bahawa uniform pustakawan PSS bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:-
A. Pustakawan Lelaki.
Set Pertama ( dipakai pada hari Isnin, Selasa dan Khamis )
- Baju kemeja lengan panjang – warna peach
- Seluar panjang – warna coklat gelap
- Vest – warna coklat gelap
- Tali leher – warna coklat gelap ( boleh dibeli di sekolah )
Set kedua ( dipakai pada hari Jumaat )
- Baju melayu sepasang – warna putih
- Sampin – warna coklat gelap
- Songkok hitam
B. Pustakawan Perempuan
Set Pertama ( dipakai pada hari Isnin dan Selasa )
- Baju kemeja lengan panjang – warna peach
- Kain susun belakang -warna coklat gelap
- Tudung – warna peach
- Vest – warna coklat gelap
- Tali leher – warna coklat gelap ( boleh dibeli di sekolah )
Set kedua ( dipakai pada hari Khamis dan Jumaat )
- Baju kurung – warna peach
- Kain susun tepi – warna coklat gelap
- Tudung – warna peach
Catatan :-
- Setiap hari Rabu murid diwajibkan memakai uniform unit ( murid Tahun Empat akan diberitahu nanti )
- Pustakawan mesti memakai kasut dan stoking berwarna hitam
- Memo mengenai panduan pakaian ini telah diedarkan kepada semua pustakawan sebelum cuti yang lalu
- Contoh warna kain juga telah diedarkan
- Contoh pakaian ( gambar ) ada ditampal di papan kenyataan di hadapan perpustakaan
Share
