Archive for the ‘Umum’ Category

Penghargaan ..

Sesi persekolahan 2011 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Jadi kami ingin merakamkan ucapan ini :-

  • Penghargaan buat pentadbir yang selama ini memberikan perhatian, sokongan dan kewangan terhadap semua aktiviti yang dijalankan oleh PSS
  • Terima kasih kepada guru yang prihatin terhadap peraturan perpustakaan, mengawal murid semasa kelas Nilam (atau kelas relief ?) serta memberikan kerjasama bila data Nilam dikumpulkan
  • Tahniah dan terima kasih kepada semua pustakawan yang selama ini bertungkus lumus menjalankan tugas

Semoga kerjasama ini berterusan sampai bila-bila. Jika terdapat sebarang kelemahan, moga dapat diperbaiki pada masa hadapan..

Share

Kursus Kepimpinan Pelajar 2011

Kursus Kepimpinan Pelajar ( KURKEP ) telah pun dilaksanakan pada 18 dan 19 Februari 2011. Selain Pustakawan, KURKEP juga disertai oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Sukan serta Ketua & Penolong Ketua Kelas. Program ini dijalankan bagi memupuk nilai-nilai kepimpinan yang terpuji dalam diri murid-murid ini.

Bagi Pustakawan, inilah masanya mempelajari cara memproses buku, cara menyusun buku mengikut kategori yang betul & cara menjaga serta menguruskan sebuah perpustakaan. Peserta juga diingatkan agar sentiasa menjaga penampilan dan tingkah laku agar sentiasa dihormati, di samping tidak mengabaikan pelajaran masing-masing. Selamat menjalankan tugas…

*Terima kasih buat semua guru yang terlibat dengan KURKEP.

Share

Aktiviti Cuti Sekolah

Salam. Apa khabar murid-murid SKTP? Cikgu harap anda semua dapat mengisi waktu cuti persekolahan ini dengan aktiviti yang bermanfaat ya. Ajaklah ibu bapa melawat ke mana-mana dan dapatkan pengetahuan dan pengalaman semasa lawatan tersebut. Kalau balik kampung, tanyalah atuk atau nenek apa-apa perkara atau benda yang anda tidak kenali. Kata orang, banyak berjalan luas pengetahuan. Jika tidak ke mana-mana, pastikan anda gunakan masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah. Yang penting jangan lupa membaca. Bacalah apa-apa bahan pun – akhbar, majalah, komik, buku cerita.. asalkan tabiat suka membaca tu terus dipupuk. Membaca di mana-mana pun boleh – di rumah, di tepi padang, dalam kenderaan.. Kalau apa yang anda baca tu dicatatkan dalam buku Nilam laaaaagi baik!

Tempoh cuti masih ada lebih kurang sebulan lagi. Selamat bercuti. Jaga keselamatan diri..

Share

Tahniah!

Jawatankuasa PSS mengucapkan tahniah kepada lima orang murid yang terpilih sebagai Pembaca Terbanyak 2010 dan telah menerima hadiah dan sijil pada Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah ( 15 November ) yang lalu. Murid-murid tersebut ialah Fatin Nadirah ( 6 Intan ), Nur Batrisyia ( 6 Intan ), Rabiatul Nur Annisa ( 6 Zamrud ), Raikalisya ( 5 Berlian ) dan Nur Ain Muslim ( 4 Berlian ).

Tahniah juga kepada 38 orang murid ( terdiri dari murid 6 Intan, 6 Zamrud, 5 Intan dan 4 Intan ) yang telah menyertai Peraduan Menulis Esei BI anjuran NST. Penyertaan anda telah melayakkan SKTP menerima cek bernilai RM1,000 bila dinamakan sebagai pemenang bagi Kategori Penyertaan Terbanyak dalam peraduan tersebut. Murid yang belum menerima hadiah bolehlah berjumpa cikgu bila buka sekolah nanti ya..

Di kesempatan ini, kami  juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat para pentadbir, guru-guru serta semua murid yang telah memberikan kerjasama terhadap semua aktiviti yang telah PSS jalankan sepanjang tahun 2010. Semoga pada tahun 2011 kita akan dapat mempelbagaikan lagi aktiviti PSS. Insya Allah..

*Kepada semua peserta Lawatan Sambil Belajar Ke Terengganu yang lalu – Abadikan kenangan kita bersama tau..

*Kepada pustakawan yang sentiasa membantu, cikgu sayang awak semua..

Share

Sumbangan PSS kepada SKTP

Sebagai sokongan padu bagi setiap aktiviti yang dijalankan pihak sekolah, Jawatankuasa PSS sentiasa sudi memberikan sumbangan..

  1. Karnival Jom ke SKTP – Mengadakan peraduan’ Teka Bola’ & memohon sumbangan dari pihak luar
  2. Majlis Reunion SKTP – Menyediakan cenderahati & bahan untuk tayangan
  3. Lawatan Sambil Belajar ke Terengganu - Bantuan kewangan

Terima kasih guru-guru perpustakaan. Bantuan anda amat dihargai. Selamat Hari Raya buat semua.. :-)

Share
Subscribe feed