Bermula 26 Julai 2010, semua Guru Media sedang mengemaskini rekod bacaan murid sekolah masing-masing bermula dengan data 2009. Menggunakan program khas i Nilam, diharap data bacaan murid dapat direkodkan dengan lebih sistematik, cepat dan berkesan. Bantuan dari Guru PSS dan Guru Nilam amatlah dihargai..
Program i Nilam ni nampak bagus. Kalau tiada masalah slow network laaaagi ok.. Apapun terima kasih kepada PKG Hulu Kelang yang turut membantu kami..
Share
Kepada semua guru kelas yang telah menghantar rekod bacaan murid kepada Guru Media diucapkan terima kasih atas kerjasama anda. Kepada yang masih gagal berbuat demikian, silalah bertindak dengan segera..
Info tambahan – PSS baru sahaja diperkenalkan dengan program i Nilam. Diharap program ini dapat membantu proses pengumpulan rekod bacaan murid dengan lebih sistematik!
Share
Pihak Jawatankuasa PSS ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua Pustakawan SKTP semasa Sambutan Hari Guru yang lalu. Semua guru amat menghargai anda..
Tahniah buat guru yang dinobatkan dengan Anugerah PSS – Guru Paling Banyak Membaca Buku PSS ( Ustaz Ku Ismail ), Guru Paling Banyak Menggunakan Bahan PSS ( Ustazah Wan Bahiyah ) & Guru Paling Kerap Membawa Pelajar Masuk Ke PSS Untuk Aktiviti Nilam ( Pn Azleena ). Tahniah.. Walaupun cenderahatinya kecil saja, tapi ikhlas dari hati kami..
Program Galakan Membaca Bersama Si Pintar pada 18 Mei yang lalu telah berlangsung dengan begitu meriah. Semua murid dan guru gembira sangat bila dapat mengabadikan kenangan bersama maskot Majalah Kuntum ini ( terima kasih kerana sudi datang ke sekolah kami). Pelanggan majalah ini lebih-lebih lagi lah.. Apa pun, teruskan dengan hobi membaca ya..
Share
Pihak Jawatankuasa Pusat Sumber SKTP mengucapkan tahniah buat semua peserta KURKEP yang telah berjaya mengikuti program ini selama 3 hari 2 malam. Semoga segala ilmu kepimpinan yang telah diturunkan dan pengetahuan berkenaan teknik-teknik menjalankan tugas dengan betul, dapat diaplikasikan dengan sepenuhnya selepas ini.
Mungkin NOTA ini berguna buat pustakawan.
# Ciri-ciri yang patut ada pada seorang pustakawan :-
- Fizikal
- Sikap
- Pengetahuan
# Tugas-tugas seorang pustakawan
- melaksanakan peraturan PSS
- membantu pengurusan
Share
Peraturan-peraturan ini telah kita tetapkan sejak sekian lama. Bagaimanapun rasanya eloklah dinyatakan semula sebagai peringatan buat kita semua..
1. Pelajar diminta beratur dari kelas menuju ke perpustakaan. Sila bawa Buku Rekod Nilam dan alat tulis untuk mencatat bacaan anda nanti.
2. Pelajar mestilah menanggalkan kasut dan stoking. Sila susun di rak yang disediakan.
3. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan selagi guru tidak sampai.
4. Pelajar Tahun 3, 4, 5 dan 6 dibenarkan mengambil buku di rak manakala pelajar Tahun 1 dan 2 perlu mendapatkan bantuan guru. Semua buku yang telah dibaca mestilah diletakkan dalam kotak biru yang disediakan.
5. Pelajar mestilah duduk di kerusi dan membaca buku dengan senyap. Tidak dibenarkan duduk di celah-celah rak untuk mengelakkan perkara-perkara yng tidak diingini berlaku.
6. Dilarang membawa masuk makanan dan minuman. Pelajar juga dilarang bermain, berlari, membuat bising dan merosakkan bahan-bahan yang ada di dalam perpustakaan. Sekiranya berlaku, tindakan yang tegas akan diambil.
7. Sepanjang berada di perpustakaan, guru perlu sentiasa mengawasi disiplin pelajar, membantu pelajar mencari bahan bacaan yang diperlukan ( rak buku telah diklasifikasikan mengikut Sistem Dewey ) dan menunjukkan cara yang betul membuat catatan dalam Buku Rekod Nilam ( terutama pelajar Tahun 1 dan 2 ).
8. Sebelum keluar dari perpustakaan, pastikan semua kerusi disusun semula, buku yang telah dibaca diletakkan dalam kotak yang disediakan dan jangan tinggalkan apa juga barang anda. Pihak PSS tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan buku atau alat tulis yang tertinggal.
9. Sebelum keluar, guru perlu pastikan suis lampu dan kipas ditutup ( sekiranya tiada pengguna lain waktu itu ).
10. Pelajar yang masuk secara individu ( waktu pagi, rehat atau selepas waktu persekolahan ) juga diingatkan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
*Sila ajukan sebarang pertanyaan berkenaan PSS atau dapatkan bantuan dari Guru Perpustakaan dan Guru Media. Apa juga cadangan yang membina demi kepentingan pelajar serta meningkatkan peranan PSS amat dialu-alukan. Terima kasih atas sumbangan dan kerjasama anda ..
Share