1. Sempena Pelancaran Program Pelajar Pintar Membaca, mulai hari Isnin ( 1 Februari ) ini kotak buku akan diletakkan di pentas semasa perhimpunan pagi untuk memudahkan pelajar mendapatkan bahan bacaan. Diharap para pelajar memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini. Pustakawan akan mengutip semula buku-buku yang telah dipinjam selepas loceng kedua dibunyikan.
2. Jadual Nilam akan berkuatkuasa mulai 1 Februari 2010. Jadual ini akan memastikan semua kelas berpeluang menggunakan perpustakaan sekurang-kurang dua kali sebulan. Jadual ini ada ditampalkan di papan kenyataan perpustakaan dan akan diedarkan ke kelas-kelas. Diharap semua guru dan pelajar prihatin terhadap jadual tersebut. Ambillah peluang ini ya. Jangan lupa pastikan semua pelajar telah ada Buku Rekod Bacaan Nilam!
3. Penggunaan automasi baru PSS ( Automasi Slib ) akan bermula pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu semua pelajar diminta menempah Kad PSS dari guru kelas masing-masing dengan harga RM1.50 beserta gambar berukuran pasport. Kad pintar ini akan membolehkan pelajar meminjam buku serta menscan sendiri kad tersebut setiap kali masuk ke perpustakaan. Pengunjung tetap pasti mendapat ganjaran..