28
Jan

1. Sempena Pelancaran Program Pelajar Pintar Membaca, mulai hari Isnin ( 1 Februari ) ini kotak buku akan diletakkan di pentas semasa perhimpunan pagi untuk memudahkan pelajar mendapatkan bahan bacaan. Diharap para pelajar memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini. Pustakawan akan mengutip semula buku-buku yang telah dipinjam selepas loceng kedua dibunyikan.

2. Jadual Nilam akan berkuatkuasa mulai 1 Februari 2010. Jadual ini akan memastikan semua kelas berpeluang menggunakan perpustakaan sekurang-kurang dua kali sebulan. Jadual ini ada ditampalkan di papan kenyataan perpustakaan dan akan diedarkan ke kelas-kelas. Diharap semua guru dan pelajar prihatin terhadap jadual tersebut. Ambillah peluang ini ya. Jangan lupa pastikan semua pelajar telah ada Buku Rekod Bacaan Nilam!

3.  Penggunaan automasi baru PSS ( Automasi Slib ) akan bermula pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu semua pelajar diminta menempah Kad PSS dari guru kelas masing-masing dengan harga RM1.50 beserta gambar berukuran pasport. Kad pintar ini akan membolehkan pelajar meminjam buku serta menscan sendiri kad tersebut setiap kali masuk ke perpustakaan. Pengunjung tetap pasti mendapat ganjaran..

25
Jan

Perkembangan terkini :-

1. Automasi Pustaka yang telah digunakan sekian lama akan digantikan dengan yang baru iaitu Automasi Slib yang dijangka lebih praktikal dan akan lebih memudahkan kerja-kerja di perpustakaan seperti memproses buku, peminjaman dan pemulangan buku dll.

2. Pustakawan 2010 seramai 52 orang sedang giat dilatih dalam tugas-tugas di perpustakaan. Diharap semakin cekap dan rajin melaksanakan tugas yang diamanahkan.

3. Seramai 8 orang guru telah dilantik sebagai Guru Perpustakaan – Cik Maizatul, Pn Kamariah, Pn Arbaiyah, Pn Suhaida, Pn Nazifah, Pn Nabilah, En Azhar & En Hafizzal. Tugas telah pun diagih-agihkan. Pasti mantap PSS pada tahun ini !

4. Harapan buat semua warga SKTP, berilah kerjasama & sokongan sepenuhnya terhadap segala program yang akan dijalankan oleh PSS. Terima kasih..

25
Jan

Banyak yang telah dilalui pada penghujung tahun 2009 yang lalu. Antara yang manis ialah..

1. Kemenangan Kelab Sains Perpustakaan dalam Pertandingan Pameran pada Hari Kemuncak Kokurikulum. Semuanya hasil usaha guru-guru pembimbing serta ahli kelab yang banyak membantu.

2. Tabungan PSS bertambah RM250.00 lagi hasil jualan cenderahati pada Hari Kemuncak Kokurikulum. Walaupun sedikit tapi ada juga hasilnya.

3. Penganugerahan Tokoh Nilam 2009 kepada ‘Iffah Dalalin Bt Mohd Hilme yang telah membaca sebanyak 800 buah buku. Pencapaian yang baik sekali. Tahniah!

Semoga pada tahun 2010 ini akan banyak lagi yang dapat dicapai oleh PSS SKTP..

15
Sep

1.  Murid-murid dialu-alukan masuk ke perpustakaan pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagaimanapun, murid diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu menyusun kasut di atas rak yang disediakan, membaca buku dengan senyap, meletakkan buku yang telah dibaca ke dalam kotak serta elakkan dari bermain dan membuat bising.

2.  Pada 1 September hingga 4 September, kerja-kerja pemasangan wayar elektrik akan dilakukan di perpustakaan. Murid-murid tidak dibenarkan masuk untuk mengelakkan sebarang gangguan.

3.  Bakul-bakul buku disediakan ( mengandungi 45 buah buku ). Guru-guru boleh membawa bakul ini atau kotak yang telah disediakan ke kelas-kelas untuk aktiviti bacaan.

4.  Murid-murid diminta memulangkan buku yang telah dipinjam dari perpustakaan sebelum menjelang cuti perayaan nanti. Ini bertujuan mengelakkan didenda kerana lewat memulangkan buku.

*Selamat Menyambut Aidil Fitri..

15
Sep

1.  Perpustakaan dibuka setiap hari. Murid boleh masuk bersama guru mengikut jadual atau masuk secara individu sewaktu rehat.

2.  Ahli Kelab Sains Perpustakaan akan membuat buku skrap berkaitan peribahasa dan perumpamaan secara berkumpulan.

3.  Sempena bulan kemerdekaan, penerima anugerah Nilam yang terpilih akan membuat persembahan Bicara Buku semasa perhimpunan pagi.

*  Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam..

Comments Off