- Semua pustakawan diminta bersedia untuk acara khas Sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada hari Isnin, 16 Mei 2011 akan datang.
- Pada minggu peperiksaan akan datang, pustakawan masih perlu bertugas seperti biasa.
- Murid yang meminjam buku ( terutamanya murid Tahun Satu ), diingatkan agar memulangkan buku pada tarikh yang sepatutnya untuk mengelakkan didenda.
- Kepada semua guru, sila bawa murid anda ke perpustakaan mengikut Jadual Nilam yang diberi. Arahkan murid mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, ambil dan letakkan buku ditempat yang betul, susun semula kerusi dan jangan bising. Kerjasama semua guru AMAT DIHARAPKAN.
* Jawatankuasa PSS mengucapkan Selamat Hari Guru. Sama-samalah kita meningkatkan tahap kesabaran pada saat-saat yang amat mencabar ini…
Share
Perjumpaan Kelab Sains Perpustakaan akan diadakan sebanyak dua kali sebulan. Setakat ini kelab tersebut telah mengadakan perjumpaan sebanyak dua kali. Perjumpaan pertama adalah untuk taklimat berkenaan tugas & pelantikan AJK Kelab, manakala perjumpaan kedua adalah untuk mempelajari cara-cara memproses akhbar.
Kelab yang dianggotai sepenuhnya oleh pustakawan ini bercadang akan mengadakan lebih banyak lagi aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah Pertandingan Berpantun, Pertandingan Nyanyian, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Membuat Buku Skrap, Pertandingan Membuat Ulat Buku dll. Bagi pertandingan-pertandingan ini, semua bahan & rujukan akan diambil dari Pusat Sumber. Objektifnya ialah untuk mencungkil bakat, meningkatkan keyakinan diri dan mengetahui cara mencari bahan yang diperlukan di perpustakaan.
Guru-guru pembimbing kelab ini iaitu Cikgu Rohaida, Cikgu Rosnani & Cikgu Rosmaizan amat mengharapkan kerjasama dari semua ahli kelab bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Share
Kursus Kepimpinan Pelajar ( KURKEP ) telah pun dilaksanakan pada 18 dan 19 Februari 2011. Selain Pustakawan, KURKEP juga disertai oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Sukan serta Ketua & Penolong Ketua Kelas. Program ini dijalankan bagi memupuk nilai-nilai kepimpinan yang terpuji dalam diri murid-murid ini.
Bagi Pustakawan, inilah masanya mempelajari cara memproses buku, cara menyusun buku mengikut kategori yang betul & cara menjaga serta menguruskan sebuah perpustakaan. Peserta juga diingatkan agar sentiasa menjaga penampilan dan tingkah laku agar sentiasa dihormati, di samping tidak mengabaikan pelajaran masing-masing. Selamat menjalankan tugas…
*Terima kasih buat semua guru yang terlibat dengan KURKEP.
Share